自由自在

Thursday, September 9, 2010

Hari Raya yang tidak aman

Besok merupakan Hari Raya yang hari pertama bagi Umat-umat Islam di seluruh negara ataupun seluruh dunia. Adakah anda sudah bersedia untuk merayai bersama-sama dengan mereka di hari yang mulia itu?

Saya masih ingat ketika memasuki Tingkatan Satu yang lalu, saya berasa sangat cemas kerana pertama kali bersekolah bersama dengan KAUM LAIN selain daripada orang cina. Ini disebabkan saya bersekolah di sekolah cina semasa Tahun Satu hingga Tahun Enam. 

Bahasa saya ketika itu adalah sangat teruk sehingga cikgu sekolah rendah saya pun berpendapat demikian. Apabila saya mendengar komen tentang bahasa saya, saya raya sedih  kerana macam manalah saya berkomunikasi dengan rakan-rakan saya apabila masuk ke Tingkatan Satu.

Sampai sekarang bahasa saya bukan bagus sangat, akan tetapi adalah lebih bagus berbanding dengan dahulu. Ini adalah disebabkan oleh kawan-kawan sekolah menegah saya yang sanggup meluangkan masa untuk mengajar saya.

Saya sedang fikirkan, kenapa dahulu kita boleh berkomunikasi dengan mereka boleh begitu baik dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah tetapi sekarang yang mencetuskan isu perkauman diantara orang cina dan orang melayu.

Cerita tentang pengetua sekolah menengah yang MENGHALAU orang cina balik ke Cina keran mereka tidak tahu macam mana nak homat orang melayu yang sedang berpuasa. Makan dekat sekolah semasa waktu rehat adalah biasa bagi orang cina, tetapi itu adalah hak orang cina. 

Di Malaysia, tidak ada sebarang untang-untang yang mengatakan memakan semasa orang melayu berpuasa adalah salah. Sekira anda mengatakan orang cina tidak hormat, adakah anda sendiri pula yang menghormati orang cina yang sedang memakan. Selain itu, anda juga merupakan seorang yang telah menjeruk beratus-ratus       
little tinta dari sekolah rendah sampai universiti.

Bukan saya nak mencetuskan isu perkauman, akan tetapi inilah hakikatnya yang apa berlaku di sekeliling kita. Tidak boleh dinafikan ini hanyalah satu kes yang kecil dan jarang berlaku di sekolah. Seperti semasa saya berada di sekolah menengah di Ipoh. Apa yang saya ingin mengemukakan adalah JANGAN sesekali ingin membesarkan isu perkauman yang hanya berlaku kes kecil.

Selain itu, Namewee juga berlakuan yang melampau. Saya berpendat begitu keran dia memang tidak pernah menerima sabarang pelajaran yang menukarkan lagu Negaraku kepada Negarakuku pada 3 tahun yang lepas. Saya masin ingat ketika itu, bapa dia bersusah payah hanya kerana nak kerajaan ataupun pihal berkuasa melepaskan namewee daripada hukuman Hasutan.

Sekarang, dia sekali lagi mencipta sebuah lagu Nah untuk melepaskan perasaan yang tidak puas hati perkataan yang digunakan oleh Pengetua tersebut. Sekali lagi, kita tidak boleh menafikan kepintaan yang dimiliki oleh namewee, tapi cara yang digunakan oleh namewee adalah SALAH dan semamangnya tidak boleh selesaikan masalah isu perkauman tapi yang menambahkan rusuhan antara orang cina dan orang melayu.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa namewee adalah kerana ingin 'membesar'kan nama dia diri sendiri. Setiap kali, dia yang menggunakan kepintaannya untuk mencetuskan masalah yang menyebabkan orang lain membimbang kelakuan beliau.Lagu sudah keluar, masalah tidak dapat selesai tapi menambahkan lagi keterukan masalah perkauman tersebut.

Selain daripada itu, Iklan yang disiarkan oleh TV3 pada hari lepas juga mencetuskan masalah yang berkaitan dengan Isu Perkauman. Kontroversi berlaku kerana iklan tersebut terdapat imej beca terbang ala-santa claus jelas boleh mengelirukan penonton khususnya golongan kanak-kanak. Sekali imbas ia sudah kelihatan seperti iklan krismas bagi penganut agama kristian.

Selain itu, penggunaan bunga juga dikatakan salah kerana penggunaan bunga “amithaba” atau bunga lotus yang amat sinonim dengan penganut Buddha. Bunga lotus adalah lambang kesucian tuhan Brahma atau “Brahma God” ditayangkan berulang kali sehingga ke akhir iklan.

Terdapat pelbagai pinak yang membuat batahan tentang iklan tersebut menyebabkan pihak TV3 terpaksa berhenti menyiarkan iklan tersebut dan membuat minta maaf keatas iklan tersebut. 

Apa yang saya terdapat pada kejadian tersebut, masyarakat yang menyebabkan rakyat Malaysia yang tidak dapat berhidup dengan harmoni. Sekiranya kita berfikir terbuka, adakah iklan itu bermasalah? Adakah iklan hari raya yang hanya ingin menghantarkan mesej salam Hari Raya kepada orang yang berkaitan salah?Itu memanglah tidak salah, yang salah adalah orang yang terlalu memikir dan terbayang bengkok.

Sekiranya semua tidak boleh menerima pertukaran ini, adakah orang cina tidak akan bercuti semasa Hari Raya manakala orang melayu tidak bercuti semasa Hari Gong Xi Fatt Chai ( Tahun Baru Cina)?

Sememangnya, kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya bermula untuk menukar pemikiran yang bengkok di otak kita. Kita haruslah membuka minda untuk menerima budaya orang lain untuk membentuk 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan.

Hari Raya sudah sampai, marilah kita bersama-sama berhentikan isu perkauman dan bersedia untuk bersama-sama merayai hari yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan melayu dan jiran-jiran anda. SELAMAT HARI RAYA.

No comments:

Post a Comment